Dengan sebab semester yang lepas, saya terambil citra batik 1 dan mendapatkan gred yang memuaskan ,oleh itu saya berterus mengambil citra batik 2. Hari ini, kami belajar teknik untuk mencanting batik. Kami mendapatkan alatan dan bahan yang kami bayar sebelum ini untuk membelinya. Pengajar kami mengajar dan menunjukkan cara-cara untuk mencantingkan batik yang sangat meminati. Kami telah mula mempelajari teknik mencanting atas kertas dulu kemudian atas kain.
Ini merupakan karya akhir saya yang mencanting atas kertas.
❤ Malaysian,Penang ❤ Chinese ❤ National University of Malaysia ❤ Kpop and learning Korean ❤ Dancing ❤ Pink
Wednesday, 28 March 2018
Monday, 26 March 2018
Mobilitiiiiii
Hari ini, terdapat satu ceramah yang berkaitan dengan mobiliti telah dianjurkan di kolej kafe saya. Penceramah Encik Ong dari UKM GLOBAL telah menjelaskan bahawa syarat untuk pemohonan mobiliti ke universiti awam di negara kita ataupun di luar negara. Beliau juga telah menunjukkan video senior-senior yang telah mobiliti ke negara lain. Salah satu senior telah pergi ke 6 negara dan saya amat cemburu akannya!!
Bukan itu sahaja, ceramah ini juga ada mempersilakan 3 pelajar tahun 2 atau 3 untuk berkongsikan pengalaman mereka mobiliti ke negara lain . Mungkinnya satu hari nanti, saya akan cuba untuk WALK IN INTERVIEW untuk mobiliti !!
Bukan itu sahaja, ceramah ini juga ada mempersilakan 3 pelajar tahun 2 atau 3 untuk berkongsikan pengalaman mereka mobiliti ke negara lain . Mungkinnya satu hari nanti, saya akan cuba untuk WALK IN INTERVIEW untuk mobiliti !!
Saturday, 24 March 2018
KTSN PAP !!
Hari ini, saya bersama "kolej-mate" telah mewakili Hussein Onn Chinese Club (HOCC) untuk memberikan sokongan kepada program Pesta Ang Pau Kolej Tun Syed Nasir (PAP KTSN) . Saya pergi ke kafe KTSN dan didapati makanannya lebih murah, saya membeli nasi goreng yang berharga RM3.70 !! Murahnyaaaaaa ~
Apabila sampai masa untuk masuk ke dalam dewan, kami diberikan goodies bag dan cenderamata yang merupakan satu simpulan cina .
Sebelum masuk ke dewan, kami telah mengambil kesempatan untuk mengambil gambar dengan ketua pengarah PAP KTSN.
Saya mendapati semua EXCO dan AJK PAP KTSN amat ikhlas dalam menganjur program ini dan pasukan mereka telah melibatkan bukan hanya orang cina tetapi juga orang Melayu. Semua persembahan telah menarik perhatian saya. Persembahan yang menarik termasuklah tarian 1 Malaysia, drama, diabola, tarian singa, gendang 24 perayaan, tarian moden dan sebagainya . Walaubagaimanapun, satu hal yang agak menyesal adalah pendingin hawa dewan telah rosak pada hari itu.
Akhirnnya, saya ingin berterima kasih kepada EXCO dan AJK yang terlibat dengan sediakan semuannya yang menarik kepada kami dan saya janji akan menyertai lagi! Berbaloinya RM10 :D
Sunday, 18 March 2018
Volunteer AGAIN ! **
Hari ini, saya melibatkan diri sebagai seorang sukarelawan lagi. Pada kali ini, saya menyertai aktiviti ini untuk gotong-royong di Kampung Changgang, Dengkil. Saya telah diarah untuk mencatkan sebuah papan tanda kampung.
SEBELUM CAT
SELEPAS CAT
Sebagai seorang sukarelawan tidak dibayar tetapi didapati pengalaman dan juga pengetahuan .
YES, IT'S MEANINGFUL!
Friday, 16 March 2018
Interesting Talk :D
Pada hari Jumaat yang lalu, saya telah menyertai sesebuah ceramah yang diadakan di Dataran Panggung Seni. Ceramah ini berkaitan dengan Pendidikan Keselamatan anjuran Srikandi Kebangsaan bersama Majlis Perwakilan Pelajar UKM. Saya telah mewakili kolej saya untuk menyertai ceramah ini.
Penceramah telah menerangkan cara-cara bagi siswi untuk melindungi diri sendiri apabila menghadapi bahaya. Disebabkan beliau menggunakan cara yang menarik dan lucu , beliau telah menarik perhatian setiap penonton. Beliau juga mempersilakan beberapa orang untuk membuat demonstrasi. Beliau telah mengingati kita bahawa kita mesti percaya ia(bahaya atau kemalangan) akan berlaku pada kita.
Walaupun cuaca pada hari itu tidak begitu baik, dari cuaca yang panas sampai cuaca berhujan juga tidak menghalang beliau untuk teruskan ceramah beliau. Beliau juga seorang penceramah dar British yang dapat berkomunikasi dengan Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin,Cantonese,Hokkien,Bahasa Tamil,Bahasa Arab dan sebagainnya. Ini adalah salah satu sebab saya amat kagum akan beliau.
Sunday, 4 March 2018
Volunteer !
Hari ini, saya telah menyertai program IM4U sebagai seorang volunteer di Dataran Putrajaya ! Kolej Tun Hussein Onn telah menghantar seramai 80 orang untuk menyertai program ini. Kolej Tun Hussein Onn telah mewakili UKM untuk sertai program ini.Program ini adalah pertandingan larian antarabangsa. Hari itu, saya bangun pada pukul 1 pagi kerana diarah untuk berkumpul pada pukul 2 pagi sebelum betolak.
Kami sampai di Putrajaya agak pada pukul 3 pagi.
Selepas beberapa jam bekerja, kami juga dibekalkan makan petang dan balik ke kolej pada pukul 2 petang. Program ini telah memberikan saya pengalaman dan telah memberanikan saya untuk berinteraksi dengan orang lain.
Kami sampai di Putrajaya agak pada pukul 3 pagi.
Kami juga dibekalkan makanan dan pakaian secara percuma dan ini merupakan makanan pertama yang saya dapat . (muffin,roti sosej dan karipap)
Seterusnya, kami telah mendapatkan arahan untuk menjaga stesen "FOOD REDEMPTION" ,ketua kami merupakan seorang orang putih yang boleh bercakap Bahasa Melayu. Dengan sebab stesen ini ramai orang yang jaga, oleh itu kami telah habiskan kerja mengatur barang. Kami terlalu bosan kerana tiada kerja buat dan banyak masa lagi, kami tangkap gambar bersama-sama.
Pada pukul 10 pagi agaknya, banyak peserta telah sampai dan kerja kami adalah memberikan makanan dan minuman kepada peserta dan juga membuat tanda atas wristband mereka supaya mereka tidak akan mengambil banyak kali makanan.
Pada pukul 10 pagi agaknya, banyak peserta telah sampai dan kerja kami adalah memberikan makanan dan minuman kepada peserta dan juga membuat tanda atas wristband mereka supaya mereka tidak akan mengambil banyak kali makanan.
Selepas beberapa jam bekerja, kami juga dibekalkan makan petang dan balik ke kolej pada pukul 2 petang. Program ini telah memberikan saya pengalaman dan telah memberanikan saya untuk berinteraksi dengan orang lain.
ISTANA KEHAKIMAN
Friday, 2 March 2018
Hello !
Hari ini, saya main blogger lagi disebabkan aplikasi komputer selepas banyak tahun tidak main. Pada mula-mulanya, saya ingin mengenal diri . Nama saya Yeap Ywee Xyween , boleh panggil yu xun , seorang penduduk dari Pulau Pinang . Saya telah melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia selepas lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan mengambil program sarjana muda ekonomi. Saya tinggal di Kolej Tun Hussein Onn.
Saya telah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sejak semester yang lepas. Oleh itu, dengan follow lah blog saya untuk mengetahui lebih banyak peristiwa atau aktiviti yang menarik !
Saya telah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sejak semester yang lepas. Oleh itu, dengan follow lah blog saya untuk mengetahui lebih banyak peristiwa atau aktiviti yang menarik !
Subscribe to:
Posts (Atom)