Sunday 4 March 2018

Volunteer !

       Hari ini, saya telah menyertai program IM4U sebagai seorang volunteer di Dataran Putrajaya ! Kolej Tun Hussein Onn telah menghantar seramai 80 orang untuk menyertai program ini. Kolej Tun Hussein Onn telah mewakili UKM untuk sertai program ini.Program ini adalah pertandingan larian antarabangsa.  Hari itu, saya bangun pada pukul 1 pagi kerana diarah untuk berkumpul pada pukul 2 pagi sebelum betolak.

        Kami sampai di Putrajaya agak pada pukul 3 pagi.



      Kami juga dibekalkan makanan dan pakaian secara percuma dan ini merupakan makanan pertama yang saya dapat . (muffin,roti sosej dan karipap)



         Seterusnya, kami telah mendapatkan arahan untuk menjaga stesen "FOOD REDEMPTION" ,ketua kami merupakan seorang orang putih yang boleh bercakap Bahasa Melayu. Dengan sebab stesen ini ramai orang yang jaga, oleh itu kami telah habiskan kerja mengatur barang. Kami terlalu bosan kerana tiada kerja buat dan banyak masa lagi, kami tangkap gambar bersama-sama.




        Pada pukul 10 pagi agaknya, banyak peserta telah sampai dan kerja kami adalah memberikan makanan dan minuman kepada peserta  dan juga membuat tanda atas wristband mereka supaya mereka tidak akan mengambil banyak kali makanan.

       Selepas beberapa jam bekerja, kami juga dibekalkan makan petang dan balik ke kolej pada pukul 2 petang.  Program ini telah memberikan saya pengalaman dan telah memberanikan saya untuk berinteraksi dengan orang lain.




ISTANA KEHAKIMAN



No comments:

Post a Comment