Friday 16 March 2018

Interesting Talk :D

        Pada hari Jumaat yang lalu, saya telah menyertai sesebuah ceramah yang diadakan di Dataran Panggung Seni. Ceramah ini berkaitan dengan Pendidikan Keselamatan anjuran Srikandi Kebangsaan bersama Majlis Perwakilan Pelajar UKM. Saya telah mewakili kolej saya untuk menyertai ceramah ini.



         Penceramah telah menerangkan cara-cara bagi siswi untuk melindungi diri sendiri apabila menghadapi bahaya.  Disebabkan beliau menggunakan cara yang menarik dan lucu , beliau telah menarik perhatian setiap penonton. Beliau juga mempersilakan beberapa orang untuk membuat demonstrasi. Beliau telah mengingati kita bahawa kita mesti percaya ia(bahaya atau kemalangan) akan berlaku pada kita.



          Walaupun cuaca pada hari itu tidak begitu baik, dari cuaca yang panas sampai cuaca berhujan juga tidak menghalang beliau untuk teruskan ceramah beliau. Beliau juga seorang penceramah dar British yang dapat berkomunikasi dengan Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin,Cantonese,Hokkien,Bahasa Tamil,Bahasa Arab dan sebagainnya. Ini adalah salah satu sebab saya amat kagum akan beliau.






No comments:

Post a Comment