Sunday 29 April 2018

Last MO 😶

Hari ini kami diperlukan untuk menjalankan street marketing yang terakhir bagi menjayakan Malam Anugerah Pelajar bagi kolej pada hari Ahad yang akan datang. Kami membekalkan servis cuci rumah,cuci kereta atau meminta sumbangan dana dari penduduk. Kami telah pergi ke kawasan Batu 11 Cheras dengan menggunakan MRT.

Inilah ialah selfie yang kami ambil atas MRT :

Friday 27 April 2018

New Tune Live Performance 21 💃

Hari ini merupakan hari yang akan kami membuat persembahan . Sebenarnya,New Tune Live Performance merupakan konsert lagu ciptaan Tiong Hua dan persembahan tarian hanya merupakan salah satu persembahan.Pelbagai lagu dan tarian telah dipersembahkan. Dengan menyertai DANCE CREW ini saya telah mengenali rakan baru dari kampus Bangi mahupun kampus KL. Saya diperlukan untuk "hairdo" dan "make-up" sebelum membuat persembahan. 



Saya juga terjumpa rakan lama yang dikenali di sekolah menengah dulu. 





Selepas membuat persembahan saya telah menerima pelbagai hadiah dari rakan-rakan yang dikasihi dengan kata-kata yang memotivasikan saya.Sokongan daripada pelbagai rakan amat dihargai ❤



WE EAT,WE SLEEP AND WE DANCE 💃

NEW TUNE DANCE CREW 💃

Thursday 26 April 2018

Studio in UKM 😍

Dengan sebab saya menyertai NEW TUNE  dan jadi salah satu penari NEW TUNE DANCE CREW dan akan membuat persembahan pada 27/4/2018 di Dewan Gemilang Mercu Idaman,German Malaysian Institute. Hari ini merupakan hari terakhir untuk melatih tarian kami. Kami telah menyewa studio di Kolej Pendeta Zaba untuk melatih tarian. Saya tidak melibat dalam lagu yang banyak,saya hanya perlu bersedia apabila sampai giliran saya.
Lagu yang saya terlibat hanya lagu "I'm so sexy" yang merupakan satu lagu korean.

Tuesday 24 April 2018

Short Sem TT

Sebagai seorang pelajar dalam Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,saya perlulah mendaftar bagi semester ketiga bagi tahun 2017/2018. Semester ini kami hanya perlu mandaftar 3 subjek dan hari ini merupakan hari pertama kami mendaftarkan kursus. Saya telah menunggu sehingga pukul 12 pagi untuk mendaftar kursus. Oleh sebab bukan semua pelajar wajib mendaftar,saya tidak guna masa yang banyak telah dapat kursus yang saya perlukan.


Ini merupakan kursus yang saya telah daftar bagi semester ketiga :

Tuesday 10 April 2018

AJK pemasaran

Hari ini,kami perlu mengambil gambar untuk membuat tag nama dan profile picture bagi sebuah aktiviti kolej,iaitu Malam Anugerah Pelajar. Saya sebagai salah satu ahli jawatankuasa bagi post pemasaran diperlukan pergi ke bilik mesyuarat untuk mangambil gambar. Aktiviti dijalankan untuk memberikan anugerah kepada pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Aktiviti ini akan dijalankan pada 6 Mei 2018.

Apabila kami menunggu giliran kami .





Ini merupakan gambar yang saya ambil.



Wednesday 4 April 2018

Mid sembreak ~



Hari ini adalah cuti pertengahan semester, saya dan kawan yang tidak balik kampung belajar bersama-sama di Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) untuk menduduki ujian pertengahan yang akan datang. Dengan sebab pada hari Isnin minggu depan saya akan menduduki ujian bagi 2 kursus, iaitu Mikroekonomi dan Prinsip Perakaunan di mana 2 ujian lagi pada hari Jumaat minggu yang akan datang. Saya mendapati belajar di PTSL dapat lebih menumpu perhatian dengan sebab PTSL tempat yang agak selesa. Saya belajar dengan kawan pada pukul 10 pagi sehingga pukul 4 petang.