❤ Malaysian,Penang ❤ Chinese ❤ National University of Malaysia ❤ Kpop and learning Korean ❤ Dancing ❤ Pink
Tuesday, 8 May 2018
Kelas Mandarin II
Hari ini lagi saya perlu mengajarkan pelajar-pelajar yang ingin mempelajari Bahasa Mandarin kerana setiap Exco dan ajk perlu mengajar sebanyak 2 slot. Hari ini kami mengajar 1 bab sahaja yang bertopik Posisi dan Arah. Kami telah mengajarkan mereka tentang cara-cara untuk menulis perkataan Bahasa Mandarin. Kelas dijalankan sepanjang 1 jam 30 minit di Bilik Seminar kolej. Dengan sebab esok adalah hari undi negara ,banyak pelajar dah balik kampung dan hanya 2 orang pelajar yang hadir ke kelas hari ini.
Sunday, 6 May 2018
MALAM ANUGERAH PELAJAR 21 KTHO
Dengan membuat persediaan dari semester yang lalu dan hari ini dah tiba ! MALAM ANUGERAH PELAJAR(MAP) KE-21 bagi KOLEJ TUN HUSSEIN ONN yang diadakan di Hotel Tenera Bangi. Pada awal pagi semua ahli MAP telah membuat persediaan di Hotel Tenera dan menjalankan raptaian sehingga pukul 5 petang dan kami diberikan masa untuk mendandan diri dan rehat.
Dekorasi yang dibuat oleh post dekorasi amat menarik perhatian saya!!
Kali ini saya telah melibatkan diri dalam "flashmob" !! Ini merupakan pengalaman yang agak baru bagi saya.
Terima kasih kepada setiap orang terutamanya exco ,ajk pemasaran,mep dan felo !!
Tahniah kepada semua yang mendapatkan anugerah dan tahniah kepada roommate saya yang telah dilantik sebagai salah satu orang mep 2018/2019 !!
Friday, 4 May 2018
Karnival Citra Seni UKM 2018
Sebagai seorang pelajar citra seni,saya diwajibkan untuk menghadir diri ke karnival ini yang diadakan pada 4 hingga 5 hari bulan Mei dan bertempat di Panggung Seni. Pada semester ini,saya telah mengambil citra Batik Tahap 2. Citra Batik Tahap 2 ada membuat pameran yang mempamerkan karya pelajar dan sejarah batik. Kami juga memberi peluang kepada pelajar yang mengunjungi ke pameran citra kami untuk membuat penanda buku dengan menggunakan pencanting dan mewarnakan sendir hanya RM3 bagi satu penanda buku.
Saya dan kawan-kawan menjaga di pameran.
Ini merupakan penanda buku yang saya cuba untuk melukis.
Subscribe to:
Posts (Atom)