❤ Malaysian,Penang ❤ Chinese ❤ National University of Malaysia ❤ Kpop and learning Korean ❤ Dancing ❤ Pink
Wednesday, 2 May 2018
Kelas Mandarin I
Dengan sebab saya telah melibatkan diri sebagai Exco Publisiti dalam Kelas Mandarin yang dianjurkan oleh Hussein Onn Chinese Club (HOCC) . Saya perlu mengajarkan pelajar-pelajar yang ingin mempelajari Bahasa Mandarin. Hari ini kami mengajar 2 bab di mana 1 bertopik kata hubung dan 1 bab bertopik kata kerja. Kami juga mengajarkan mereka tentang cara-cara untuk menulis perkataan Bahasa Mandarin. Kelas dijalankan sepanjang 1 jam 30 minit di Bilik Seminar kolej.
Taklimat Pemilihan Modul
Hari ini, pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Tahun 1 diwajibkan untuk hadir ke satu taklimat untuk memahami tentang pelbagai modul bagi program masing-masing. Pelajar bagi program ekonomi perlu ke taklimat yang bertempat di Dewan Kuliah 2. Taklimat ini agak penting untuk membuat keputusan bagi modul yang akan kami pilih untuk tahun seterusnya. Taklimat ini tamat lebih kurang 30 minit. Selepas taklimat ini ,dipercayailah pelajar-pelajar telah mendapatkan arah untuk memilih modul yang sesuai dan berminat.
Tuesday, 1 May 2018
Orkestra Tradisional UKM 😎
memberikan sokongan kepada rakan-rakan
yang membuat persembahan.
Ini merupakan rakan yang bermain "Er Hu",
salah satu alat muzik tradisional Cina.
Ticket mereka adalah benbentuk passport dan
telah menarik perhatian saya !
Saya terjumpa lagi rakan lama yang dikenali di sekolah menengah.
Subscribe to:
Posts (Atom)







