Friday 18 May 2018

Major :D

Hari ini, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah melepaskan keputusan pemilihan modul. Pelajar dari Program Ekonomi dapat untuk memilih Ekonomi Industri dan Antarabangsa,Ekonomi Pembangunan dan Sumber Manusia,Ekonomi Islam,Ekonomi Monetari dan Fiskal,Ekonometrik dan Statistik Gunaan. Pelajar dari Program Perniagaan boleh memilih Perakaunan,Pemasaran dan Kepenggunaan,Pengurusan Sumber Manusia,Kewangan,Perkhidmatan Kewangan dan Pengurusan Risiko dan Perniagaan Antarabangsa. Sebagai seorang pelajar daripada program Ekonomi dan saya mendapatkan tawaran Ekonomi Industri dan Antarabangsa.


Thursday 17 May 2018

Bahasa Korea I

Dengan sebab semester yang lepas,saya telah mendaftarkan kursus Bahasa Korea tahap 1 dan telah mendapatkan keputusan yang agak cemerlang. Dengan syarat keputusan dan kehadiran yang baik , saya telah mendapatkan siijl pada hari ini. Saya perlu pergi ke Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik untuk mendapatkan sijil ini dengan pengajar Bahasa Korea saya dulu.

Ini merupakan fail yang meletakkan sijil.


Ini barulah sijil yang diterima dari KING SEJONG INSTITUTE.



감사합니다 선생님 
(Terima kasih,cikgu.)

한국어를 좋아해요
(Saya suka Bahasa Korea)

Monday 14 May 2018

Balik Kampung !!

Selepas balik dari cuti perayaan Tahun Baru Cina, saya tidak pernah balik kampung dengan sebab untuk menjimatkan wang. Kos tambang balik kampung agak tinggi. Hari ini, finally saya telah membeli tiket keretapi untuk balik ke kampung setelah peperiksaan akhir !! Saya sangat rindu rumah dan kampung saya yang mempunyai makanan yang enak sekali . Saya telah menyenarai makanan yang perlu makan apabila sampai ke rumah . (TO-EAT-LIST)


WELCOME TO PENANG

WELCOME TO BUKIT MERTAJAM

Tuesday 8 May 2018

Kelas Mandarin II

Hari ini lagi saya perlu mengajarkan pelajar-pelajar yang ingin mempelajari Bahasa Mandarin kerana setiap Exco dan ajk perlu mengajar sebanyak 2 slot. Hari ini kami mengajar 1 bab sahaja yang bertopik Posisi dan Arah. Kami telah mengajarkan mereka tentang cara-cara untuk menulis perkataan Bahasa Mandarin. Kelas dijalankan sepanjang 1 jam 30 minit di Bilik Seminar kolej. Dengan sebab esok adalah hari undi negara ,banyak pelajar dah balik kampung dan hanya 2 orang pelajar yang hadir ke kelas hari ini.



Sunday 6 May 2018

MALAM ANUGERAH PELAJAR 21 KTHO





Dengan membuat persediaan dari semester yang lalu dan hari ini dah tiba ! MALAM ANUGERAH PELAJAR(MAP) KE-21 bagi KOLEJ TUN HUSSEIN ONN yang diadakan di Hotel Tenera Bangi. Pada awal pagi semua ahli MAP telah membuat persediaan di Hotel Tenera dan menjalankan raptaian sehingga pukul 5 petang dan kami diberikan masa untuk mendandan diri dan rehat.
Dekorasi yang dibuat oleh post dekorasi amat menarik perhatian saya!!








Kali ini saya telah melibatkan diri dalam "flashmob" !! Ini merupakan pengalaman yang agak baru bagi saya.





Terima kasih kepada setiap orang terutamanya exco ,ajk pemasaran,mep dan felo !!
Tahniah kepada semua yang mendapatkan anugerah dan tahniah kepada roommate saya yang telah dilantik sebagai salah satu orang mep 2018/2019 !!



Friday 4 May 2018

Karnival Citra Seni UKM 2018

Sebagai seorang pelajar citra seni,saya diwajibkan untuk menghadir diri ke karnival ini yang diadakan pada 4 hingga 5 hari bulan Mei dan bertempat di Panggung Seni. Pada semester ini,saya telah mengambil citra Batik Tahap 2. Citra Batik Tahap 2 ada membuat pameran yang mempamerkan karya pelajar dan sejarah batik. Kami juga memberi peluang kepada pelajar yang mengunjungi ke pameran citra kami untuk membuat penanda buku dengan menggunakan pencanting dan mewarnakan sendir hanya RM3 bagi satu penanda buku.





Saya dan kawan-kawan menjaga di pameran.


Ini merupakan penanda buku yang saya cuba untuk melukis.



Wednesday 2 May 2018

Kelas Mandarin I

Dengan sebab saya telah melibatkan diri sebagai Exco Publisiti dalam Kelas Mandarin yang dianjurkan oleh Hussein Onn Chinese Club (HOCC) . Saya perlu mengajarkan pelajar-pelajar yang ingin mempelajari Bahasa Mandarin. Hari ini kami mengajar 2 bab di mana 1 bertopik kata hubung dan 1 bab bertopik kata kerja. Kami juga mengajarkan mereka tentang cara-cara untuk menulis perkataan Bahasa Mandarin. Kelas dijalankan sepanjang 1 jam 30 minit di Bilik Seminar kolej.




Taklimat Pemilihan Modul

Hari ini, pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Tahun 1 diwajibkan untuk hadir ke satu taklimat untuk memahami tentang pelbagai modul bagi program masing-masing. Pelajar bagi program ekonomi perlu ke taklimat yang bertempat di Dewan Kuliah 2.  Taklimat ini agak penting untuk membuat keputusan bagi modul yang akan kami pilih untuk tahun seterusnya. Taklimat ini tamat lebih kurang 30 minit. Selepas taklimat ini ,dipercayailah pelajar-pelajar telah mendapatkan arah untuk memilih modul yang sesuai dan berminat.


Tuesday 1 May 2018

Orkestra Tradisional UKM 😎





Hari ini,saya telah pergi ke Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh (DTAMS) untuk 
memberikan sokongan kepada rakan-rakan 
yang membuat persembahan.

Ini merupakan rakan yang bermain "Er Hu",
salah satu alat muzik tradisional Cina.
Ticket mereka adalah benbentuk passport dan
telah menarik perhatian saya !



Saya terjumpa lagi rakan lama yang dikenali di sekolah menengah.


Mereka mempersembahkan pelbagai lagu tradisional dan juga moden di mana termasuklah Baby Shark dan Avengers